Wednesday, August 11, 2010

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. Sebagai permulaan, saye nak ceritakan tujuan wujudnya blog ini. Sebelum tu suka saya nak ingatkan, sebarang komen atau isi kandungannya tidak lah menggunakan bahasa baku dan tidak akan formal.

Tujuan blog ni di dicipta adalah sebagai tanda penghargaan saya kepada dekan fakulti saya.
Saya pelajar Sains Komputer penuntut tahun dua bagi sesi 10/11, saya major dalam bidang Perisian Grafik dan Multimedia. Baru-baru ini kami dijemput oleh TLDM bagi menghadirkan diri untuk program simulasi tentera laut. Kos perjalanan ditanggung oleh pihak fakulti, makanya penciptaan blog ini adalah sebagai tanda penghargaan saya kepada pihak fakulti.

Walau bagaimana pun, penciptaan blog ini bukanlah semata-mata untuk itu, dengan kewujudan blog ini juga saya akan memanfaatkannya untuk program fakulti saya yang seterusnya iaitu DAKEI. Deligasi ke Brunei Darul Salam.